Monday, January 25, 2016

Sunday, July 20, 2014

Saturday, February 16, 2013

Antara yang ditolak dan menolak

Cerita daripada seorang pensyarah..


Pada suatu ketika, ada seorang raja yang memiliki sifat kasih sayang terhadap rakyat jelata. Punya seorang puteri cantik dan berbudi pekerti mulia. Kegemaran baginda memelihara buaya pelbagai jenis saiz, warna dan jantina..tentunya bercirikan keganasan.


Ketika memerhatikan lagak sang buaya dan menatap wajah ayu sang puterinya, ada sesuatu yang saling berkaitan.. adakan peraduan untuk memilih calon suami sang puteri. Lalu peraduan itu dikenali sebagai peraduan menyeberang/melintasi kolam yang dihuni oleh buaya. Siapa sahaja yang berjaya melakukannya, dialah yang berhak memperisterikan puteri raja tersebut.


Tiba saat yang dijanjikan, tak ada seorang pun yang berani menyertai peraduan tersebut. Dalam fikir mereka, mencuba bererti maut!


Keadaan begitu sesak dan hinggar-binggar. Seketika suasana tiba-tiba bertukar menjadi sunyisepi. Ada sesuatu benda yang terjatuh ke dalam kolam. Perhatian orang ramai tertumpu di situ. Buat beberapa ketika, kelihatan seorang pemuda muncul daripada dasar kolam. Dalam keadaan basah kuyup, dia berlari mengelilingi kolam itu tanps henti. Lalu seseorang bertanya dengan pemuda tu, kenapa dia tidak menuntut hadiah puteri raja seperti mana yang telah dijanjikan.

Jawabnya..dia berlari bukan menuntut janji tetapi mencari orang yang telah menolaknya..rupa-rupanya pemuda itu DITOLAK.

Apa pandangan anda?

  



















Apa khabar para sahabat

Rupa-rupanya sudah setahun saya tidak menulis apa-apa. Tapi selama masa itu, saya masih turut mengikuti perkembangan para sahabat semua.

Moga semuanya dalam keadaan sihat, sukses, diberkati dan diredhai Allah.


Indah pada waktu-Nya

Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah, tapi Allah SWT berikan kaktus
berduri. kita meminta kupu-kupu, tapi diberikan ulat. Kita pun sedih, kecewa bahkan marah!
Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah SWT , indah pada waktu-Nya. Allah SWT tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih, kecewa, terluka malah berburuk sangka. Tapi jauh diatas segalanya, Allah merencanakan yang TERBAIK dalam kehidupan kita...agar kita belajar untuk ikhlas dan redha. Salam perkongsian dari seorang sahabat kepada seorang sahabat kepada para sahabat lainnya.

Thursday, September 8, 2011

Terbitan Sulung

gambar penulis dengan buku motivasi yang baru terbit

Tajuk buku motivasi pertanian

Sudah sekian lama saya tidak membuat apa-apa posting dalam blog ini. Semamangnya terasa rindu tetapi saya tetap bertahan bagi menyelesaikan satu tugasan yang sukar sebenarnya. Tetapi dengan izin-Nya tugasan itu akhirnya membuahkan hasil... Inilah buah tangan itu...buku motivasi pertanian untuk dikongsi bersama, jiwa cekal menuju puncak jaya.

Kepada para sahabat yang berminat mendapatkannya, Sila berhubung dengan penulis di talian 0195826598. Harga di pasaran RM 12.50/ naskah.

Salam maju jaya.

Wednesday, December 22, 2010

Tentang bahasa kimaragang

Kimaragang - salah satu suku kaum dusun yang ramai menghuni di daerah kota marudu dan pitas. Kini semakin berkembang ke daerah-daerah lain di negeri Sabah.
Bahasa pertuturan juga dikenali sebagai bahasa Kimaragang. Bahasa yang sememangnya saya ' cintai ' , walau pun sesekali pulang ke kampung dan bercerita dengan warga tua...masih ada@banyak yang saya tidak mengerti sepenuhnya ( dalam bahasa pasar...bahasa yang mendalam ).
Sesekali ayah saya turut menegur, tetapi inilah realiti yang sedang dihadapi...semakin ramai dikalangan suku kaum yang saya ' cintai' ini tidak pandai bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Tidak terkecuali anak-anak saya, walau pun ada juga beberapa usaha yang saya lakukan agar mereka ini, bukan sahaja mengerti/faham malah boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Kimaragang. Sekadar menyebut beberapa contoh usaha yang dilakukan:

1. Hantar anak-anak ke kampung.
2. Sesekali saya akan ajarkan kepada mereka bahasa yang mudah seperti moju ( Mandi ), modop ( tidur ) dll
3. Saya galakkan mereka belajar daripada rakan-rakan sebaya

Tetapi sehingga kini usaha tersebut belum menampakkan hasil. Diantara cabaran yang dihadapi, pada pandangan saya, antara lain adalah seperti berikut:

1. Warga tua di kampung, yang pada suatu waktu dahulu segan/tidak mahu/tidak tahu bertutur bahasa melayu kini lancar berbahasa melayu.
2. Ketika pulang di kampung, ramai dikalangan generasi baru menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi.
3. Perkhawinan campur.
4. Kemudahan dan peluang pembelajaran yang semakin berkembang dan meluas.
5. Pendedahan yang meluas kepada dunia luar.

Semasa memikirkan cabaran ini dan sempat pula bertukar-tukar pandangan dengan sahabat daripada suku kaum bajau, rupa-rupanya mereka juga turut mengalami cabaran yang sama.

Dalam mendepani cabaran ini, perlu ada usaha-usaha yang konkrit, agar bahasa ibunda masing-masing dapat diperkasakan disamping memperkukuhkan penguasaan bahasa kebangsaan. Kepelbagaian ini harus dipelihara kerana inilah keunikan negeri Sabah khasnya dan negara Malaysia amnya. Kepelbagaian ini menyatukan dan menyumbang kepada kemajuan negara bangsa.