Tuesday, August 17, 2010

Dorongan?

Dalam apa juga yang kita lakukan, pastinya ada faktor yang menggerakkan kita untuk bertindak. Faktor-faktor itu pula tentunya pelbagai mengikut kepercayaan, keyakinan, situasi, tempat dan sebagainya.

Demikian, apa bila seorang sahabat bertanya... apa kah faktor yang mendorong seseorang untuk sentiasa bersemangat dan rajin melakukan sesuatu perkara @ kerja?

Terlintas dalam daya fikir saya untuk menyatakan seperti di atas tetapi sahabat saya itu mahu penjelasan yang padat dan ringkas. Senang dan mudah diingati.

Lalu , saya katakan lakukan sesuatu itu ikhlas kerana Allah. Memang sukar tetapi kita sama-sama berusaha ke arah itu.

Salam Ramadhan. Moga Ramadhan kita tahun ini lebih baik!