Wednesday, December 22, 2010

Tentang bahasa kimaragang

Kimaragang - salah satu suku kaum dusun yang ramai menghuni di daerah kota marudu dan pitas. Kini semakin berkembang ke daerah-daerah lain di negeri Sabah.
Bahasa pertuturan juga dikenali sebagai bahasa Kimaragang. Bahasa yang sememangnya saya ' cintai ' , walau pun sesekali pulang ke kampung dan bercerita dengan warga tua...masih ada@banyak yang saya tidak mengerti sepenuhnya ( dalam bahasa pasar...bahasa yang mendalam ).
Sesekali ayah saya turut menegur, tetapi inilah realiti yang sedang dihadapi...semakin ramai dikalangan suku kaum yang saya ' cintai' ini tidak pandai bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Tidak terkecuali anak-anak saya, walau pun ada juga beberapa usaha yang saya lakukan agar mereka ini, bukan sahaja mengerti/faham malah boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Kimaragang. Sekadar menyebut beberapa contoh usaha yang dilakukan:

1. Hantar anak-anak ke kampung.
2. Sesekali saya akan ajarkan kepada mereka bahasa yang mudah seperti moju ( Mandi ), modop ( tidur ) dll
3. Saya galakkan mereka belajar daripada rakan-rakan sebaya

Tetapi sehingga kini usaha tersebut belum menampakkan hasil. Diantara cabaran yang dihadapi, pada pandangan saya, antara lain adalah seperti berikut:

1. Warga tua di kampung, yang pada suatu waktu dahulu segan/tidak mahu/tidak tahu bertutur bahasa melayu kini lancar berbahasa melayu.
2. Ketika pulang di kampung, ramai dikalangan generasi baru menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi.
3. Perkhawinan campur.
4. Kemudahan dan peluang pembelajaran yang semakin berkembang dan meluas.
5. Pendedahan yang meluas kepada dunia luar.

Semasa memikirkan cabaran ini dan sempat pula bertukar-tukar pandangan dengan sahabat daripada suku kaum bajau, rupa-rupanya mereka juga turut mengalami cabaran yang sama.

Dalam mendepani cabaran ini, perlu ada usaha-usaha yang konkrit, agar bahasa ibunda masing-masing dapat diperkasakan disamping memperkukuhkan penguasaan bahasa kebangsaan. Kepelbagaian ini harus dipelihara kerana inilah keunikan negeri Sabah khasnya dan negara Malaysia amnya. Kepelbagaian ini menyatukan dan menyumbang kepada kemajuan negara bangsa.

No comments:

Post a Comment