Minggu lalu ( minggu kedua bulan januari 2009 ) sekali lagi banjir melanda daerah tercinta ini..
Kakak saya di kampung menghantar sms supaya saya berhati-hati tapi rumah dia di bahagian bawah mula dimasuki air kali kedua pada tahun ini. Dalamnya antara 1 hingga 2 kaki. Saya sekeluarga yang kebetulan tinggal di pekan Kota Marudu tidak ada apa-apa.. hujan ya tapi rumah alhamdulilah tidak dimasuki air.
Begitu orang kita berbudi bahasa. Masih sempat mengirim salam dan doa supaya orang terdekat berada dalam keadaan selamat dan bahagia.
Saya dan seorang rakan berniat dan cuba pergi ke Kg.Paka. Jalan menuju ke kampung tersebut boleh melalui jalan Kota Marudu-Marakparak dan jalan Simpangan-Kotud-Pulutan tapi pada ketika itu kedua-dua jalan tersebut terputus oleh runtuhan jalan asal mahu pun tertimbus oleh air lumpur yang mengalir dari arah atas bukit. Dalam kehampaan, kami sempat bertemu dengan seorang petani positif ( sentiasa mengukir senyum ketika berbicara walau hujan renyai-renyai menimpa dan membasuh mukanya ) dari kg. Paka menuju ke Kg. Kotud untuk ke pekan Kota Marudu bagi mendapatkan barangan keperluan. Kebetulan petani yang saya maksudkan adalah seorang pengusaha halia yang sudah saling kenal-mengenali dan sememangnya tujuan kami ke sana adalah untuk mendapatkan bekalan halia eksport ke Semenanjung Malaysia. Ternyata Tuhan mengabuli niat ikhlas kami. Inti berbincangan, mereka akan berusaha juga untuk menghantar halia tersebut ke pejabat FAMA di Kota Marudu pada keesokan harinya, walaupun jalan terputus oleh timbunan lumpur yang jatuh dari atas bukit.
Untuk menanti munculnya hari esok amat menyeksakan. Namun kepada Ilahi saya bertawakkal. Keesokan harinya, seperti mana yang dirancang akhirnya mereka selamat menghantar halia tersebut ke pejabat kami.
Bila saya tanya bagaimana mereka mengatasi/melalui jalan yang tertimbus oleh tanah lumpur itu, sambil tersenyum mereka berkata.. mereka bergotongroyong melarikan tanah lumpur yang menimbus jalan tersebut.
Disitulah letaknya semangat mereka. Semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Janganlah terlalu mengharap yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang. Aku terlihat di wajah mereka ukiran senyum kepuasan dan tanda-tanda kemajuan.
Dalam pada itu pelbagai cerita kukutip daripada para sahabat yang berkisar tentang banjir.. kerosakan tanaman, jalan terputus / rosak yang tentunya memerlukan perhatian dan tindakan selanjutnya. Ada rasa ketidakpuasan, keluhan tidak kurang pentingnya masih ada yang begitu pasrah di atas ketentuan Ilahi. Sedang ramai juga rakan-rakan yang bertugas dan bertungkuslumus sehingga larut malam bagi menghulurkan bantuan...
Sunday, January 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah kerana selamat memsuki alam blog! Saya telah "meneropong" blog dan diri sdr, dan keputusannya: LULUS! Maksud saya, sdr dengan ini ditawarkan menjadi sidang redaksi SAM (http://marudubloggers.blogspot.com. Sila sms ke no. ini: +819031619251 (Jymon Musit). Nyatakan lamat e-mail sdr. Setiusaha SAM akan atur langkah selanjutnya.
ReplyDeleteTERUSKAN MEMBLOG!
Nota: sdr blh pilih satu ruangan yang belum ditulis oleh rakan2 kita. Misalnya, sastera dusun, budaya dll. its up to you.
oya, sila "follow" marudubloggers. ini antara syarat dilantik jadi penulis. harap maklum.
ReplyDeletekami di SAM menunggu kedatangan sdr..kalau ada masa subuk2 lah marudubloggers..
ReplyDeleteBrother O'el..
ReplyDeleteTahniah tu waro no blog nu.Sama2 lah kita melakar cetusan rasa dalam dunia maya..