Mitatabang adalah perkataan dusun kimaragang. Dalam bahasa malaysia ianya lebih kurang bermaksud tolong-menolong, bergotong-royong atau saling mendokong/menyokong diantara satu dengan yang lain.
Ketika saya diusia kanak-kanak lagi, saya sudah terdedah bukan sahaja dengan perkataan tersebut malah ikut terlibat sama dalam amalan budaya yang sangat unik dan baik ini. Tapi saat itu, terus terang saya mengakui bahawa makna tersirat daripada amalan ini tidak sepenuhnya saya fahami dan hayati.
Dari segi konsep perlaksanaannya, ada seorang ketua yang mengumpul beberapa orang yang berminat untuk menyertainya. ( Seingat saya peserta yang terlibat waktu itu dalam lingkungan 40 hingga 50 orang ). Lepas itu ditentukan jadual @ undian tempat@tanah siapa yang pertama dikerjakan/dibersihkan/ditanam secara bersama, kemudian diikuti oleh peserta yang kedua. Begitulah pusingan selanjutnya sehingga sampai kepada peserta terakhir,yang kadang-kadang mengambil masa sehingga 2-3 bulan. Tetapi jika ada peserta yang mahu gilirannya didahulukan ( meminta laluan ) atas alasan yang kukuh dan munasabah, maka orang tersebut mestilah merujuk kepada ketua dan selanjutnya akan diadakan perundingan kedua-dua pihak yang terlibat.
Paling menyeronokkan bila tiba masa rehat untuk makan tengahari. Makan bersama sambil bertukar lauk-pauk. Terkadang, ada juga segelintir yang sengaja tidak membawa bekal atau sememangnya tidak ada bekal yang hendak dibawa..tapi indahnya; pasti orang lain, malah ramai yang akan mempelawa untuk makan bersama...walau pun tidak seberapa...!
Demikian cara hidup penduduk bertani masa itu. Hampir 70% atau lebih diusahakan secara mitatabang. Kerja susah menjadi senang@mudah.
Sesekali pulang ke desa; berjumpa dan berbicara dengan rakan-rakan sebaya berumur 40an dan ke atas memang meriuhkan. Nada dan tawa masih sama walau dalam persekitaran yang berbeza.
Moga semangat amalan ini terus dipelihara dan disuburkan.
Thursday, March 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mitatabang ni saya pun selalu ikut jg dulu2. saya dari kecil sudah terdedah dgn aktiviti mitatabang ni. Seawal usia saya 10 tahun saya sudah pigi mitatabang. Tanam padi... menuai padi... gumamas... mangasok... walaupun inda seterrer org2 dewasa masa itu tapi atas tunjuk ajar mereka saya mampu buat kerja juga walaupun merangkak2. ong sekitar po silo'd kg salimandut, nolongkop kuno mitatabang. ong tongo momola'ang po mawaya oku mitatabang di muula otutunan ku po.
ReplyDeletemad ko aso diri mitatabang tidino.
Iti no bo ot kowosian tulun tokow. Kelo mitatabang. ;)
ReplyDeletewaro poh kah mitatabang tidino...traktor om kombain ot mangaraja tongo botung gima..
ReplyDeleteSaya terlibat dengan aktiviti mitatabang sebelum saya bersekolah rendah lagi seingat saya tahun 1985. Mama selalu bawa saya dan kadang2 saya ganti mama untuk 'membalas' kerana komitmen mama di sawah sendiri. Dalam usia saya 5 tahun saya mula rasa keperitan menghabiskan burungan yang sudah dikhaskan kepada setiap peserta samada burungan mangagamas atau menanam padi.. burungan 3'10' mengikut jarak ketinggian kayu yang diukur oleh perserta tertinggi dalam kumpulan. Kadangkala kenakalan menambah lagi saiz burungan bila ada yg sengaja mengangkat tumit supaya ukuran kayu lebih tinggi.
ReplyDeleteSuara keluhan gurauan kedengaran 'Jangan main-main. Besar burungan mo dikasi habis.' hehe
Yang baiknya ialah siapa dulu habis akan membantu yang lain sehingga semua rakan2 selesai dengan kerja mereka dan pulang sama2. Makan tengahari memang tidak boleh dinafikan. Sangat klasik dan menggamit kenangan bila diingat-ingat. Anak2 muda sangat suka mitatabang kalau ada mama2 yang bawa sekali anak gadis mereka mengundang 'kerajinan' yang terlebih tenaga... hehe
Sekarang ini, sudah kurang atau tidak lagi diamalkan. Ini kerana penanaman padi bukan lagi berasaskan keperluan tapi sudah dikomersilkan. Sekarang sudah mudah. Tabur padi saja. Tidak kena sabit atau katam lagi. Panggil kambain saja.. lepas tu jual dapat duit.. Perubahan zaman menelan segala tradisi kebiasaan kita. Tiada lagi pakai kerbau. Bajak simpan di rumah saja. tinggal menjadi 'artifak'.. hehe
semua kerja2 sawah sekarang tidak lagi melibatkan ramai orang. Sendiri2 sudah. Macam sayang juga semua pengalaman seperti ini sudah hilang... semoga semangat bermasyarakat tidak hilang sekalipun di sawah padi tanda-tandanya keriuhannya mulai hilang.
waaa..baru saye tau ape itu mitatabang..bagus la xtvt tu...amalan murni pasti diteruskn wlpun dlm kaedah yg lain..apepun~menarik~..kt smennanjung cam xder je..hmm?..
ReplyDelete